hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Thursday, 14 May 2015

15 Mei: Hari Nakba.


“The fish,
Even in the fisherman's net,
Still carries,
The smell of the sea.” ― Mourid Barghouti

Hari Nakba, hari kecelakaan yang ditanda pada 15 mei. Hari dimana selepas sahaja Israel mengisytiharkan kemerdekaan mereka pada tahun 1948 keatas tanah haram Palestin. Konsekuensinya mewujudkan krisis pelarian Palestin. Dua pertiga daripada penduduk Palestin dipaksa untuk keluar dari tanah air mereka menjelang tahun 1948. Hampir 50% telah dihalau secara ketenteraan dan selebihnya melarikan diri kerana ura-ura berita pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera Yahudi diperkampungan Palestin; Deir Yassin dan Tantura.


Ratusan kampung dan bandar Palestin telah musnah disodok tentera Yahudi. Lebih daripada 450 bandar-bandar dan kampung-kampung telah dikosong dimana sebahagian besar daripada nya telah dirobohkan. Harta dan barang hak milik rakyat palestin diambil sewenang-wenangnya oleh tentera Yahudi. Kerajaan baru yang ditubuhkan Israel telah merampas tanah pelarian dan harta benda milik rakyat palestin tanpa ingin memberi peluang kepada rakyat Palestin kembali kerumah masing-masing.

Satu daripada imam muda dari Palestin, Syeikh Ra'im Khalid Abdullah pernah berkongsi kisah semasa beliau dijemput hadir ke Malaysia pada bulan ramadhan yang lepas. Beliau menceritakan bahawa rakyat Palestin sekitar Masjidil Al-Aqsa dihalau oleh zionis Israel dengan hanya diberi 2 option: Pertama, penduduk kediaman merobohkan rumah mereka sendiri; ataupun kedua, Israel membayar 7000 USD kepada penduduk untuk mereka memberi kebenaran zionis merobohkan rumah mereka. Tidakkah lebih menyedihkan bila keduanya masih menyebabkan hilangnya tempat tinggal ditanah air sendiri?

Pada hari ini terdapat berjuta pelarian yang tersebar diseluruh dunia. 4.4 juta pelarian Palestin yang berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan anggaran sekurang-kurangnya 1 juta yang masih belum berdaftar. Keadilan dalam menyelesaikan hak pelarian adalah penting untuk tujuan keamanan. Tambahan lagi, hak ini diiktiraf diperingkat antarabangsa dan jelas diakui seperti di Kemboja, Rwanda, Croatia, Bosnia-Herzegovina, Guatemala, Ireland Utara, Kosovo, Sierra Leone, Burundi dan Darfur. Hak ini walaupun telah diperakui untuk rakyat Palestin oleh PBB dalam Resolusi 194 tahun 1948, Israel masih tidak membenarkan rakyat Palestin untuk kembali. Atas alasan apa?





Masih ingat suasana gembira di Palestin dalam menanggapi hasil keputusan yang dilakukan oleh PBB pada tanggal 29 November 2012 mengenai status kedudukan Palestin sebagai suatu negara telah di akui. Hasil ini menjadikan Palestin sebagai negara pengamat non anggota PBB yang sah. Dalam mencapai hasilnya, diadakan pemungutan suara mengenai setuju atau tidaknya Palestin disahkan sebagai negara pengamat non anggota. Hasilnya mendapat dukungan dari 138 negara, 41 negara tidak memberikan suara dan 9 negara yang tidak setuju iaitu AS, Israel, Kanada, Republik Ceko, Panama, Kepulauan Marshal, Federasi Mikronesia, Nauru dan Palau. Tiadakah tindakan solid?



“Palestine belongs to the Arabs in the same sense that England belongs to the English or France to the French. It is wrong and inhuman to impose the Jews on the Arabs... Surely it would be a crime against humanity to reduce the proud Arabs so that Palestine can be restored to the Jews partly or wholly as their national home”
― Mahatma Gandhi



Bila mana humanity is overcome by majesty. Walaupun begitu pengakhirannya mahkamah dunia sementara, jangan lupa masih ada Mahkamah Agung diakhirat kelak. Sebagai seorang muslim yang beriman kepada rukun iman yang pertama pasti yakin bahawa suatu hari pasti tertegaknya agama Allah, pasti kembalinya rakyat Palestin kepada tanah airnya, pasti dan pasti yakin pada janji Allah! Allah berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Akupun membuat rencana (pula) dengan sebenar-benarnya. Kerana itu beri tangguhlah orang-orang kafir itu, beri tangguhlah mereka barang sebentar.” (Ath-Thariq: 15-17)

"Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". (Yunus: 81-82)

“Sesungguhnya orang-orang yang berkata, ‘Tuhan kami adalah Allah’, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan kepadamu”  (Fussilat: 30)

“Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan melaksanakan urusan (yang dikehendakinya). Sesungguhnya Dia telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (At-Talaq: 2-3)

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;" (Al-Baqarah: 2)

"Dan sememangnya adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman." (Ar-Rum: 47)




Tiada kata yang dapat dilafazkan dengan kata-kata apabila Dia memberi sesuatu yang kita sendiri tidak pernah menyangka. Tidak pernah terfikir, tidak pernah bermimpi apatah lagi terlintas di hati. Baik mahupun buruk, ada tujuanNya yang lebih mengetahui. Betapa kurniaanNya terasa nikmat tidak terkata, maka diri terus sujud mengagungkan kebesaran kuasa Ilahi.. Sesungguhnya, janji Allah adalah pasti, buat hati yang terus meyakini tanpa rasa ragu-ragu walau sedikit pun!


Ucapan di atas bukanlah sebuah retorik. Ayuh buat apa yang 'tangan' termampu.
"Bila mana kemenangan itu semakin hampir maka semakin bertambahlah ujian dan mehnah, sehingga apabila muslimin itu sampai ke satu tahap ujian yang paling berat dalam hidup. Maka pasti datanglah pertolongan Allah pada satu masa keadaan yang tidak disangka-sangka oleh orang muslimin walaupun orang-orang kafir." [Pakar sejarah dan pemikir Islam Dr Raghib As-Sarjani]

2nd post: http://azamrussiakita.blogspot.ru/2014/05/15-mei-hari-nakba.html 

Friday, 8 May 2015

Life is short.


Assalamualaikum wbt, mesti kita selalu je dengar ungkapan "life is short". Tapi sebenar-benarnya, tahukah berapa pendek kehidupan kita didunia tu? Nabi kita ada bersabda, umur umat baginda dalam anggaran 60-70 tahun sahaja. Kalau lebih tu maknanya bonus masa kita untuk sempat lagi bertaubat dan mendekatkan diri kepadaNya menambahkan amalan untuk Hari Kemudian. Sabda Rasulullah S.A.W,

"Umur-umur umatku berkisar antara enam puluh hingga tujuh puluh tahun. Sangat sedikit antara mereka yang umurnya lebih daripada itu" (Riwayat Tirmizi).

Dalam surah As-Sajdah ayat 5, surah Al-Haj ayat 47 ada menyatakan tempoh kehidupan kita diakhirat berbanding dunia. Allah S.W.T. berfirman (yang bermaksud),


32:5

He arranges [each] matter from the heaven to the earth; then it will ascend to Him in a Day, the extent of which is a thousand years of those which you count.  (As-Sajdah, 32:5)

Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian naik lagi kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya seribu tahun. (As-Sajdah, 32:5)

22:47

And they urge you to hasten the punishment. But Allah will never fail in His promise. And indeed, a day with your Lord is like a thousand years of those which you count. (Al-Haj, 22:47)

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. 
(Al-Haj, 22:47)

1000 tahun di dunia bersamaan 1 hari di akhirat.
1 hari bersamaan 24 jam
24jam bersamaan 1440 minit.
1440 minit = 86400 saat

Anggaran hidup kita didunia 70 tahun berbanding 1000 tahun di akhirat.
70 tahun/1000 tahun = 0.07

Anggaran hidup kita 1 hari di akhirat berbanding 0.07 tempoh hidup kita di dunia.
0.07x86400 saat = 6048 saat
6048 saat/60 minit = 100 minit 48 saat
100 minit 48 saat = 1 jam 40 minit 48 saat

Hidup kita 70 tahun di dunia bersamaan 1 jam 40 minit 48 saat sahaja hidup di akhirat. How short is that?

Hidup kita 70 tahun di dunia bersamaan 1 jam 40 minit 48 saat sahaja hidup di akhirat. How short is that? Sedangkan kehidupan diakhirat itulah yang kita kejar. Kehidupan akhirat itu yang kekal.

Itupun kalau kita yakin mati pada umur demikian. Macamana pula hidup yang lebih singkat. Singkat macamana kita sendiri pun tak tahu. Tahukah kamu bila kita akan mati? Hanya rahsia Allah. Sejak terlahir telah tertetap! Setiap saat kita menghampirinya. Setiap saat.

7:34




And for every nation is a [specified] term. So when their time has come, they will not remain behind an hour, nor will they precede [it]. (Al-A'raf, 7:34)

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. 
(Al-A'raf, 7:34)

Ayuh manfaatkan setiap saat hidup kita dengan sesuatu yang boleh kita tuai di akhirat kelak. In sha'a Allah. Wallahualam.

"Life is short"

Thursday, 7 May 2015

Membaca Satu Huruf dari Al-qur’an Mendapat Sepuluh Pahala.





Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an maka ia mendapat satu kebaikan dan setiap kebaikan mempunyai sepuluh kelipatan pahala. Aku tidak mengatakan Aliflaammim itu satu huruf, tapi aliif satu huruf, laam satu huruf, dan miim satu huruf.” (HR,Tirmidzi)

“Orang yang membaca Al-Qur’an secara mahir maka dia bersama para malaikat yang mulia, sedangkan yang membaca Al-Qur’an secara terbata-bata dan kesulitan maka baginya dua pahala.” (HR.Bukhari dan Muslim)

Kalau masa kita sedang sedih, hiburkanlah hati mu dengan alunan suara yang merdu-merdu ketika membaca Al-Quran. cuba try test, in sha'a Allah dengan izin Allah kesedihan itu akan pudar. Bak kata hadith: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

”Hiasilah Al-Qur’an dengan suaramu.” (HR.Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim)



Kemudian mintalah apa sahaja kepada Allah. Sungguh Dia yang Paling Pemurah. Kalau dicampur duit semua yang pemurah diatas dunia sementara ini, tak sedikit pun setanding dengan Maha Pemurahnya Allah. Maka mintalah supaya kita semua jauh dari seksaan api neraka dan di jauhkan dari hasutan musuh yang nyata; iaitu Syaitonirrojim. Dalam Surah Al-Nahl ayat 98:

“Dan bila kamu akan membaca Al-Qur’an, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari godaan-godaan syaitan yang terkutuk.” (QS Al-Nahl: 98)

WAllahulam.

Wednesday, 14 January 2015

Sukan dalam acuan Islam.


Islam merupakan agama syumul yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagiaan akhirat tanpa meminggirkan urusan dan persoalan duniawi. Justeru, amalan riadah atau bersukan menjadi sebahagian perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Seperti ada pepatah arab yang berbunyi "Al-aql salim fi jism as-salim" iaitu akal yg cerdas lahir dari badan yg sihat.

Rasulullah s.a.w sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan diri, haruslah kuat serta terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan. Baik rohani mahupun jasmani, qawiyyul jismi sama penting bagi keduanya. Kenapa perlunya kekuatan dan kesihatan tubuh badan ini pastinya ada sebab yang hendak dikehadapankan. Dan salah satu daripadanya yang utama adalah supaya dapat melakukan ibadah fardhu dan sunat dengan sempurna. Sebagai contoh seperti ibadah haji, kalau tak kuat, bagaimana nak sempurnakan thawaf, sa'i, wukuf,mazbit di Muzdalifah, melontar jumrah, mabit di Mina, dan lain-lain?



Siapa yang tak mahu kasih sepantun tulisan pinggan dari Yang Maha Pencipta kan?

Baginda s.a.w ada menegaskan dalam hadis yang bermaksud: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” (Hadis riwayat Muslim). Jelas pastinya badan seorang muslim yang kuat dapat mengisi masa "sihat sebelum sakit" dengan lebih banyak perkara yang Allah suka berbanding muslim yang lemah. Siapa yang tak mahu kasih sepantun tulisan pinggan dari Yang Maha Pencipta kan? Jadi apa lagi! Ayuh kuatkan tubuh badan kita!

Bersukan bukan aktiviti yang asing lagi bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Dengan bersukan, kekuatan fizikal dapat ditingkatkan, malah dalam al-Quran turut menggalakkan umat Islam untuk mempersiapkan kekuatan fizikal bagi menghadapi musuh-musuh Allah. Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya." [Al-Anfal 8:60]

Bagaimanapun, keseronokan bersukan dan melakukan kegiatan jasmani tidak sepatutnya menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap Allah seperti mengerjakan solat atau mengambil mudah soal aurat. Oleh itu, Islam menggariskan kaedah terbaik untuk menutup pintu kerosakan dengan menyesuaikan kegiatan sukan mengikut syariat seperti mengasingkan tempat serta waktu bersukan bagi lelaki dan perempuan. Syarat dan peraturan yang perlu diguna pakai sebagai rujukan dalam menjana kegiatan riadah bertujuan agar apa yang dilakukan tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.


Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan. Mereka mesti ingat yang kekalahan hari ini akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika mereka bersabar dan cuba menambah-baik diri mereka.

Video berkaitan Qawiyyul Jismi.

Wallahualam.

2nd post: http://azamrussiakita.blogspot.ru/2014/04/islam-merupakan-agama-syumul-yang.html


Saturday, 17 May 2014

Jantungku Terus Berdebar.



MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..
Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.