hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Tuesday, 14 January 2014

Bila Nak Buat Baik Atau Nak Ajak Orang Buat Baik. Hadith Pilihan:

"Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang yang melakukannya." (HR. Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.” (HR Muslim) 

"Dan Barangsiapa menempuh suatu jalan demi menimba ilmu agama, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga" (HR Muslim). 

"Ilmu tidak dapat diraih dengan mengistirahatkan badan (bermalas-malasan)." (HR Muslim) 

"Lakukanlah pekerjaan itu pada puncak kemampuanmu." (HR Buhari Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)

Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar al-Qur'an dan mengajarkannya. [HR.Bukhari] 

"Ucapan yg baik merupakan sedekah dan setiap langkah yg diayunkan menuju sholat (berjamaah) merupakan sedekah." (HR.Bukhari)

Thursday, 2 January 2014

Al-Imran, 3:133-148.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah di atas nikmat dan sifat Ar-Rahman Allah masih lagi kita berada di atas jalan, bernafas mengejar redha Allah. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi berada dalam keadaan Islam. Sedang masih ramai lagi diluar sana tercari-cari malah ada yang belum lagi ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli pentingnya kebenaran, yang masih memilih berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada punca-punca cahaya terpancar sedikit-dikit tapi masih tidak mahu mengikutinya, masih manja dengan kejahilannya ataupun kedegilannya. Ayuhlah kita doakan semoga mereka peroleh hidayah bertubi-tubi banyaknya. In sha'a Allah.

Baru-baru ini saya ada mendapat suntikan peringatan dan cadangan daripada seseorang hamba Allah supaya membuka surat cinta Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133 hingga 148. Idea akal untuk men-defrost hati yang setelah lama ter-frozen dek suhu takat beku Russia mula timbul dan mengkaji dengan lebih dalam akan terjemahan dan tafsiran ayat-ayat tersebut serta mendengar pembacaannya. Hasilnya dapat dirumus seperti berikut:


1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan, malahan kegembiraan Allah adalah lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat-sangat menepati tuntutan psikologi hamba-hambaNya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah tidak berkata berlumba-lumbalah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerana Dia tahu kita ini sentiasa tidak akan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada dosa-dosa yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan. 

"  Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!  "

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba-hambaNya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta peralatan perang, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hamba-hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah juga contohnya kita yang sedang atau bakal menghadapi exam-exam nanti, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah bukan dan banyak kali terjadi kepada kita yang Allah berikan sesuatu yang diluar jangkaan, lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang tidak akan pernah berkurang walaupun Dia sudahpun bagi nikmat yang teramat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar-benar sudah berjihad dan benar-benar sudah bersabar? Kita pasti pernah dengar atau terbaca perjuangan Baginda saw dalam menyebarkan agama suci Islam. Tatkala pelbagai ujian, bantahan, halangan dan kecaman yang menimpa dari dalam keluarga hinggakan diluar keluarga, tatkala Baginda saw terpaksa melakukan penghijrahan dan travel dari kota Mekah ke Madinah; dengan erti kata lain Baginda saw berkorban detik masa, peluh tenaga dengan berbekal kesabaran dan sentiasa tenang yakin dengan janji Allah al-Haq.

6. Balasan yang baik kepada orang-orang yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan membuat kebaikan. SubhanAllah! Cuba kita bayangkan sejenak, kalau nak dikirakan kebaikan kesenangan didunia yang boleh kita lihat pun sudah mampu menyenangkan dan menggembirakan hati, bagaimana pula kebaikan-kebaikan dan kesenangan-kesenangan diakhirat nanti. Terjelas dalam surah Al-A'la ayat 16 dan 17 "bal tuksiruu nal hayatad dunya wal akhiratu khairuu wa abqaa" iaitu sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. 



Tuesday, 17 December 2013

How I Wish I Could Meet Them.

Why? Why them?? Watch below videos.

1. Dr. Norman Finkelstein



2.Harry Fear



3.Boona Mohammed



Monday, 9 December 2013

Berubah step by step. Take the first step, you dont need to see the whole stairs.


Bertapa indahnya bagaimana islam menangani masalah kita. Dari ayat Quran kemudian mentarbiyah kedalam jiwa-jiwa hambanya. Dalam berubah kepada lebih baik ada step by stepnya. Contoh anologi bagaimana arak diharamkan mula-mula pada komuniti Arab dulu-dulu. Pada zaman Rasulullah dulu, khamar (arak) memang dah sebati dengan kehidupan masyarakat arab ketika itu. Oleh sebab itu, Allah Yang Maha Mengetahui, tahu tidak semudah itu hambanya dapat menerima jika semalam tiada salah meminum arak tapi esok salah bulat-bulat diharamkan Allah. Pasti banyak persoalan yang timbul seperti "kenapa pulak haram?" kalau tanpa sebab musabab yang kukuh bagi diterima masyarakat mereka.

Allah SWT telah menyelesaikan masalah ini dengan menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah SAW dan umat islam ketika itu secara bertahap sehingga akhirnya, mereka mampu meninggalkan khamar secara menyeluruh. Pada mulanya, Allah SWT menjelaskan bahawa daripada kurma dan anggur itu , boleh dibuat dua perkara:

16:67

Dan dari buah tamar (korma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang- orang yang mahu menggunakan akalnya. (Al-Nahl, 16:78)

Kemudian dijelaskan pula bahawa pada khamar dan judi itu lagi banyak dosa dari manfaatnya:

2:219

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfa`atnya". Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)". Demikian Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir. (Al-Baqarah, 2:219) 


Seterusnya Allah terangkan kepada hambanya tentang larangan bersolat dalam keadaan mabuk:

4:43

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan.... (An-Nisa, 4:43)

Akhirnya barulah Allah SWT menyatakan larangan terhadap perbuatan meminum khamar:

5:90

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. (Al-Ma'idah, 5:90)



Masa itu jugalah, jalan-jalan di Madinah penuh dan berbau kuat khamar setelah banyak pembuangannya di atas jalan. Allah mengajar kita bahawa dakwah adalah proses step by step, berperingkat-peringkat, begitu juga tarbiyah. Tujuan bukan untuk meringan-ringankan, tapi untuk tidak memberatkan dan bersifat memaksa. Terbuktilah tarbiyah juga bersifat tawazun (seimbang) dan syamil (menyentuh setiap aspek kehidupan). Terbuktilah tarbiyah merupakan asas kepada dakwah islam yang merupakan rahmatan lil 'alamin (rahmat kepada sekalian alam).

Jadi bagaimana kita mengajak keluarga, sahabat-sahabat, mad'u-mad'u bahkan anak-anak kita nanti? in sha'a Allah saya doakan yang terbaik dan moga dipermudahkan buat kalian. 

WAllahualam.