Bismillahirahmanirrahim...
Masa bergerak sungguh pantas. Dalam sedar tak sedar kita sudah memasuki tahun baru islam baru-baru ini pada 5 november 2013 bersamaan 1 Muharam 1435H. Pastinya semua mempunyai azam-azam tersendiri untuk dicapai. Tidak kiralah azam baru mahupun azam lama yang masih belum ada rezeki mencapainya. Ayuhlah berdoa semoga Allah permudahkan jalan-jalan kita. In sha'a Allah.
Dalam meletakkan azam-azam dalam sekian hidup kita yang sementara, pastinya azam itu adalah menginginkan sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Pastinya ada perhijrahan dari yang kurang baik kepada baik, dari yang baik kepada lebih baik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Orang yang berhijrah itu ialah yang berhijrah daripada apa-apa yang dilarang oleh ALLAH." (Riwayat Ahmad Daripada Abu Hurairah RA).
Apa itu hijrah? Hijrah berasal dari "hajara-yahajiru-uhjur" yang membawa maksud "tinggalkan", "menjauhinya" (tidak melakukan sesuatu perbuatan keji). Surah Al-Mudassir ayat 5:
"Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah" [Al-Mudassir: 5]
Menyebut tentang hijrah ini, kita sebagai umat Islam akan mengingatkan kita kepada hijrah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang penuh dengan cabaran. Di samping itu hijrah juga adalah bagi penetapan kalendar umat Islam dan semestinya usia kita akan bertambah, iaitu suatu isyarat tentang perubahan yang pasti berlaku, yang sepatutnya mampu untuk mendatangkan keinsafan kepada kita semua.
"Dan perbuatan dosa, tinggalkanlah" [Al-Mudassir: 5]
Menyebut tentang hijrah ini, kita sebagai umat Islam akan mengingatkan kita kepada hijrah Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang penuh dengan cabaran. Di samping itu hijrah juga adalah bagi penetapan kalendar umat Islam dan semestinya usia kita akan bertambah, iaitu suatu isyarat tentang perubahan yang pasti berlaku, yang sepatutnya mampu untuk mendatangkan keinsafan kepada kita semua.
Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu langkah yang dibuat oleh Baginda dalam menegakkan syiar Islam dan demi memperkasakan umat Islam. Penyatuan dua golongan iaitu Muhajirin dan Ansar telah melahirkan perpaduan, persepakatan dan keharmonian, dan yang lebih penting persaudaraan sesama Islam dan seterusnya menjadi pencetus meluasnya daulah Islamiah kerana hijrah tersebut didorong oleh rasa keimanan dan ketakwaan yang kuat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Seperti yang Allah sebut dalam surah Al-Imran ayat 103.
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." [Al-Imran: 103]
Jelas dalam berhijrah, dengan adanya bersatu, dengan adanya saudara/sahabat yang sentiasa mendorong, menyokong kita dari belakang dapat menambahkan lagi tsabat berubah menjadi lebih baik yang sentiasa hidup, terus semangat membakar hangat dalam jiwa seorang muslim.
Marilah kita bermuhasabah diri berfikir sejenak, sejauh manakah kita telah menghayati islam sebagai "ad-din" atau cara hidup yang lengkap, dan perkara-perkara negatif yang menyalahi aqidah dan syariah, yang masih mewarnai kehidupan kita disepanjang waktu? Muhasabah ini penting, supaya kita dapat menilai sama ada hak atau batil yang lebih banyak dalam diri kita, seterusnya membuat perubahan yang mantap! Allahuakbar!
Wallahualam.