hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Saturday 17 May 2014

Jantungku Terus Berdebar.



MOHON SEMUA BACA TERUTAMA KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PELAJAR UNIVERSITI..
Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.

Thursday 20 February 2014

Kenapa muslim tak sambut Hari Valentine?



Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ini, pada 14 hari bulan februari, pasti ada yang mendengar berkaitan Hari Valentine. Hari Valentine yang acap kali isu ini timbul tiap silih berganti tahun. Boleh ke seorang muslim menyambutnya? Terlalu banyak pendapat yang telah kita baca berkaitannya, akhirnya terketawa sendiri dek kepeningan melanda; confuse! Namun konklusinya pasti ada dengan izin Allah swt.


Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati." -Riwayat Bukhari dan Muslim. 

Jelas untuk kita berfikir dahulu apa positif dan negatif nya sebelum kita mengambil sesuatu tindakan. Dengan erti kata lain menafsir pro dan kontra nya sebelum menyambut sesebuah perayaan. Sebelum ikut akan sesuatu perayaan, kaji dahulu dan cari ilmu berkaitannya. Adakah ada kita mengingati Allah di dalam nya? Kerana jika tidak, kita berada dalam situasi yang tak lain dan tak bukan hanyalah lalai. Na'uzubillah. Kalau masih was-was akannya di pengakhiran, maka baik tinggalkan. Dengan izin Allah sungguh Dia lebih mengetahui.

Persoalan diatas boleh dijawab dengan beberapa jawapan. Salah satu daripadanya adalah seperti berikut:

1- Di dalam Islam, perayaan kita sudah pun ditetapkan sebaik-baiknya oleh Allah dan RasulNya. Tiada penambahan tiada penolakan boleh diterima. Perayaan kita juga adalah termasuk dalam peng-esaan tuhan yang satu dan tiada ruang untuk pendapat peribadi.

Ibn Taymiyyah rahimahullah berkata: Perayaan adalah sebahagian dari undang-undang, jalan yang jelas dan upacara keagamaan yang Allah swt ada berfirman: لِكُلٍّ جَعَلْنَا مِنكُمْ شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا "Untuk setiap di antara kamu, Kami telah tetapkan undang-undang dan cara yang jelas" (5:48) dan لِّكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا هُمْ نَاسِكُوهُ "Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan" (22:67).

Seperti kiblat, solat dan puasa; tiada beza antara turut serta perayaan dan turut serta upacara ritual penyembahan mereka. Jadi jelas jika kita bersetuju terhadap seluruh perayaan Valentine, bermakna kita setuju dengan kekufuran. Bersetuju dengan sebahagian daripadanya juga adalah sama dengan setuju sebahagian daripada kekufuran.

Perayaan adalah sesuatu yang mempunyai maksud tersendiri seperti yang agama bagi tahu, jadi sesiapa yang menyambut perayaan Valentine bersetuju dengan maksud tersendiri sesebuah ritual kekufuran. Tidak boleh disangkal, turut bersama-sama mereka dalam perayaan, dalam beberapa kes, menghala kearah kekufuran. Berada didalamnya, paling tidak pun, ianya adalah dosa. Nabi saw sendiri ada merujuk kepada fakta bahawa setiap nagara ada perayaan tersendiri bila baginda berkata: "Setiap negara ada perayaan tersendiri dan ini perayaan kita" -Riwayat Al-Bukhari

Kerana Hari Valentine berbalik kepada zaman Rom, bukan zaman Islam, adalah bermaksud ianya adalah sesuatu perayaan yang dimiliki secara khasnya oleh Kristian, bukan kepada Islam, dan orang muslim tiada perkongsian dan tidak mengambil bahagian langsung didalamnya. Jika setiap negara mempunya perayaan tersendiri, seperti yang dikata Nabi "Setiap negara ada perayaan tersendiri" -Riwayat Al-Bukhari dan Muslim - Maka ini bermaksud setiap negara harus dibezakan dengan perayaan masing-masing.

Erti kata lain, jika Kristian mempunyai perayaan sendiri dan Yahudi ada perayaan tersendiri, yang dikhaskan milik mereka, oleh itu tiada muslim yang boleh turut serta, sebagaimana mereka tidak kongsi agama mereka atau arah sembahyang mereka.

2- Menyambut Hari Valentine bermakna menyerupai atau meniru orang-orang Rom Pagan, maka orang Kristian meniru mereka orang-orang Rom dalam sesuatu yang tidak merupakan sebahagian daripada agama mereka. Jika ia tidak dibenarkan untuk meniru orang-orang Kristian dalam perkara-perkara yang benar-benar adalah sebahagian daripada agama mereka - tetapi tidak sebahagian daripada agama kita - maka bagaimana pula dengan perkara-perkara yang mereka telah adakan dalam agama mereka dalam meniru idola penyembah?

Meniru orang bukan Islam secara umum - sama ada mereka adalah penyembah berhala atau Ahli Kitab - adalah haram, sama ada meniru ibadat mereka - yang merupakan bentuk yang paling serius - adat atau tingkah laku mereka. Ini ditunjukkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijmaa':

Dari Al-Quran: Allah ada berfirman:


3:105

 "Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah berceri-berai dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar." (3:105)

Dari Sunnah: Nabi saw bersabda "Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka" -Riwayat Abu Daawud.

Ibn Taimiyyah rahimahullah, berkata: "Ini hadith (riwayat) sekurang-kurangnya menunjukkan bahawa ia adalah haram untuk meniru mereka, walaupun erti yang jelas menunjukkan bahawa orang yang meniru mereka adalah bukan Islam, kerana Allah berfirman: وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ "dan jika ada di kalangan kamu yang menjadikan mereka rakan-rakan (dan pembantu), maka sesungguhnya dia adalah salah seorang daripada mereka" (5:51).".

Berhubung dengan Ijmaa', Ibn Taimiyyah rahimahullah, beliau meriwayatkan bahawa ada perjanjian bahawa ia adalah haram untuk meniru bukan Islam di perayaan mereka pada masa sahabat Nabi semoga Allah senang dengan mereka dan Ibn Al-Qayyim rahimahullah kepadanya diriwayatkan bahawa terdapat kata sepakat ilmiah mengenai hal ini.

3- Tiada agama yang menggalakkan umatnya untuk mencintai dan menjaga satu sama lain lebih daripada Islam. Ini terpakai pada setiap masa dan dalam semua keadaan, bukan hanya pada satu hari tertentu. Malah, Islam menggalakkan kita untuk menyatakan emosi dan cinta kita pada setiap masa, seperti Nabi saw bersabda: "Jika seorang lelaki suka saudaranya , maka hendaklah dia memberitahu bahawa dia mencintai dia" -Riwayat Abu Daawud

Dan baginda saw bersabda: "Dengan Satu yang menguasai jiwa, pasti kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak akan beriman hingga kamu saling mengasihi. Patutkah aku tidak memberitahu kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan menyukai antara satu sama lain? Sebarkan salam di kalangan kamu." -Riwayat Muslim


"Tidak menyambut Hari Valentine bukan bermaksud seseorang itu tidak gemar akan cinta manusia, tetapi lebih gemar akan cinta Ilahi."

Cinta dalam Islam adalah lebih umum dan lebih menyeluruh, ianya tidak terhad hanya kepada satu jenis cinta iaitu cinta antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Bahkan terdapat banyak lagi jenis cinta seperti cinta Allah, cinta kepada rasul-Nya dan para-para sahabat, cinta terhadap orang yang baik dan soleh, cinta dan sokongan kepada agama, cinta syahid kerana Allah, cinta kepada ibu bapa dan lain-lain. Jelas sekali terdapat banyak jenis cinta. Ia adalah satu kesilapan untuk menyekat makna cinta yang sangat luas. Tidak menyambut Hari Valentine bukan bermaksud seseorang itu tidak gemar akan cinta manusia, tetapi lebih gemar akan cinta Ilahi.

O Allah, I ask you for Your love, and the love of those who loves You, and the love of every action that bring me closer to Your love. Allahuma ameen.

Wallahu'alam.

2nd post --> http://azamrussiakita.blogspot.ru/2014/02/kenapa-muslim-tak-sambut-valentine-day.html

Tuesday 14 January 2014

Bila Nak Buat Baik Atau Nak Ajak Orang Buat Baik. Hadith Pilihan:

"Barangsiapa yang menunjukkan orang lain kebaikan maka pahalanya sama dengan orang yang melakukannya." (HR. Muslim)

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.” (HR Muslim) 

"Dan Barangsiapa menempuh suatu jalan demi menimba ilmu agama, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga" (HR Muslim). 

"Ilmu tidak dapat diraih dengan mengistirahatkan badan (bermalas-malasan)." (HR Muslim) 

"Lakukanlah pekerjaan itu pada puncak kemampuanmu." (HR Buhari Muslim)

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari, Muslim)

Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang belajar al-Qur'an dan mengajarkannya. [HR.Bukhari] 

"Ucapan yg baik merupakan sedekah dan setiap langkah yg diayunkan menuju sholat (berjamaah) merupakan sedekah." (HR.Bukhari)

Thursday 2 January 2014

Al-Imran, 3:133-148.



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullah. Alhamdulillah di atas nikmat dan sifat Ar-Rahman Allah masih lagi kita berada di atas jalan, bernafas mengejar redha Allah. Bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang sangat agung iaitu masih lagi berada dalam keadaan Islam. Sedang masih ramai lagi diluar sana tercari-cari malah ada yang belum lagi ketemu dengan hidayahNya, yang masih lagi tidak peduli pentingnya kebenaran, yang masih memilih berada dalam lorong kegelapan walaupun sudah ada punca-punca cahaya terpancar sedikit-dikit tapi masih tidak mahu mengikutinya, masih manja dengan kejahilannya ataupun kedegilannya. Ayuhlah kita doakan semoga mereka peroleh hidayah bertubi-tubi banyaknya. In sha'a Allah.

Baru-baru ini saya ada mendapat suntikan peringatan dan cadangan daripada seseorang hamba Allah supaya membuka surat cinta Allah iaitu surah Al-Imran ayat 133 hingga 148. Idea akal untuk men-defrost hati yang setelah lama ter-frozen dek suhu takat beku Russia mula timbul dan mengkaji dengan lebih dalam akan terjemahan dan tafsiran ayat-ayat tersebut serta mendengar pembacaannya. Hasilnya dapat dirumus seperti berikut:


1. Allah sangat suka kepada hambaNya yang selalu memohon keampunan. Diibaratkan kegembiraan Allah itu seperti seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian dia ketemu kembali dengan unta tersebut. Alangkah gembiranya dia! Begitulah sikap Allah terhadap hambaNya yang selalu memohon keampunan, malahan kegembiraan Allah adalah lebih gembira daripada orang yang hilang unta tadi.

2.  Allah sangat-sangat menepati tuntutan psikologi hamba-hambaNya. Kita tahu dalam al-Quran ada disebut ‘fastabiqul khairat’ bermakna berlumba-lumbalah kamu ke arah kebaikan. Itu adalah sudut yang positif. Manakala pada sudut yang negatif Allah tidak berkata berlumba-lumbalah kamu dalam meninggalkan kejahatan, tetapi Dia berfirman supaya ‘wa saari’uu ila maghfirah mirrabikum’ iaitu bersegeralah kamu mencari keampunan daripada TuhanMu. Kerana Dia tahu kita ini sentiasa tidak akan terlepas daripada dosa, jadi penghapus kepada dosa-dosa yang kita lakukan adalah dengan sentiasa memohon keampunan. 

"  Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!  "

3. Janganlah merasa terhina atau lemah dan bersedih di atas kekalahan di dalam perang Uhud wahai tentera muslimin! Sebab kamulah yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman. Kalah bukan bermaksud tentera muslimin terhina! Segala yang berlaku pasti ada pengajaran yang Allah mahu hamba-hambaNya ambil iktibar. Disebabkan tidak mengikuti arahan Baginda saw, supaya tak meninggalkan kawasan, dek kerana hendakkan harta peralatan perang, mereka tidak menuruti arahan Nabi Muhammad saw, akhirnya kekalahan menimpa mereka. Walau bagaimanapun Allah memujuk dengan berkata jangan berasa terhina dan bersedih, sebab kita orang beriman ini punyai darjat yang tinggi di sisi Allah. Adakah anugerah lain yang lebih berharga daripada pengiktirafan Allah ini?!

4. Iktibar lain dari Perang Uhud adalah pertolongan Allah itu datang bersesuaian dengan usaha para hamba-hambaNya. Seandainya mereka bersabar dalam menuruti arahan baginda, kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada muslimin. Begitulah juga contohnya kita yang sedang atau bakal menghadapi exam-exam nanti, Allah akan bantu kita bersesuaian dengan usaha yang kita lakukan. Malahan pernah bukan dan banyak kali terjadi kepada kita yang Allah berikan sesuatu yang diluar jangkaan, lebih daripada apa yang kita usahakan?! Itulah nikmat Allah yang tidak akan pernah berkurang walaupun Dia sudahpun bagi nikmat yang teramat banyak kepada para hambaNya.

5. Hendak masuk syurga Allah itu bukan setakat omongan kosong, adakah kita benar-benar sudah berjihad dan benar-benar sudah bersabar? Kita pasti pernah dengar atau terbaca perjuangan Baginda saw dalam menyebarkan agama suci Islam. Tatkala pelbagai ujian, bantahan, halangan dan kecaman yang menimpa dari dalam keluarga hinggakan diluar keluarga, tatkala Baginda saw terpaksa melakukan penghijrahan dan travel dari kota Mekah ke Madinah; dengan erti kata lain Baginda saw berkorban detik masa, peluh tenaga dengan berbekal kesabaran dan sentiasa tenang yakin dengan janji Allah al-Haq.

6. Balasan yang baik kepada orang-orang yang bersyukur dan dicintai oleh Allah bagi orang-orang yang bersabar dan membuat kebaikan. SubhanAllah! Cuba kita bayangkan sejenak, kalau nak dikirakan kebaikan kesenangan didunia yang boleh kita lihat pun sudah mampu menyenangkan dan menggembirakan hati, bagaimana pula kebaikan-kebaikan dan kesenangan-kesenangan diakhirat nanti. Terjelas dalam surah Al-A'la ayat 16 dan 17 "bal tuksiruu nal hayatad dunya wal akhiratu khairuu wa abqaa" iaitu sedangkan kamu memilih kehidupan dunia, padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.