hanya menyampaikan.....

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Thursday 30 May 2013

JANGAN! janganlah bergaduh/berdebat dengan perkara KURANG PASTI. [AL-KAHFI:22]


            Assalamualaikum warahmatullah ikhwan akhwat sekalian. Janganlah bergaduh atau berdebat dengan benda kurang penting, kurang pasti, ghaib (berlaku sebelum zaman kita dilahirkan) melainkan bersederhana, melainkan pengakhirannya berdamai, bersalaman dan berserah kepada Allah yang Maha Mengetahui. In sha'a Allah. WAllahualam..

A022
(Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

[Al-Kahfi, 18:22] #Quran


Sunday 19 May 2013

Para salaf membenci menjawab soalan yang belum berlaku.

Daripada Imam al-Zuhri yang berkata, 

بَلَغَنَا أَنَّ زَيْدَ بْنَ ثَابِتٍ الْأَنْصَارِيَّ رِضْوَانُ اللَّهِ عَلَيْهِ كَانَ يَقُولُ إِذَا سُئِلَ عَنْ الْأَمْرِ : " أَكَانَ هَذَا ؟ فَإِنْ قَالُوا : نَعَمْ ، قَدْ كَانَ ، حَدَّثَ فِيهِ بِالَّذِي يَعْلَمُ وَالَّذِي يَرَى ، وَإِنْ قَالُوا : لَمْ يَكُنْ ، قَالَ : فَذَرُوهُ حَتَّى يَكُونَ

'Telah sampai kepada kami bahawa Zaid bin Tsabit al-Ansori RA apabila ditanya dengan sesuatu soalan maka dia akan bertanya apakah perkara itu sudah terjadi? Jika diberitahu bahawa perkara tersebut sudah berlaku maka dia akan memberitahu jawapannya dari apa yang dia tahu atau memberikan pendapatnya. Tetapi apabila diberitahu bahawa hal tersebut belum terjadi maka dia tidak akan menjawabnya dan berkata tunggulah sehingga terjadi.

[Sunan ad-Darimi dan al-Faqih wal Mutafaqqih] 


Jenis soalan yang mengandungi 'kalau' begitu dan 'kalau begini' adalah merupakan perkara yang membuang masa dan menjerumuskan seseorang ke dalam perangkap syaitan !

Wallahualam.